Wednesday, November 9, 2011

:: MASTERCHEF - RENDANG BEEF WELLINGTON ::

Huhu..suddenly I become obsessed with MasterChef Malaysia. FYI, I have never followed any of the MasterChef on TV before until I finally watched MasterChef Malaysia , well.. I am Malaysian right? So since I didn't watch any of the MasterChef... at least I don't feel tired and bored because I can't do any comparison... anyway, so far so good... leave behind the drama queen, telur puyuh jam strawberry and those stupid things... I am more interested to learn how to cook in a better way and discover new recipes bla bla bla... :)

So, starting from today, for my reference only... I am going to copy paste recipes from the official website. I hope they don't mind..because eventually, I will spend more time in my blog than Astro website... I hope some days I will have the opportunity to try all the recipes they shared in the website.

Let me begins with Rendang Beef Wellington. This dish is very appealing, especially musim Raya Qurban nie kan..stock daging banyak dalam freezer..huhuhu..so... ingat nanti bebila nak try... this recipe adalah hasil creativity Chef Norman yang sangat mengujakan kerana dia ada sebuah restaurant di Manchester! Wow..!! i wish i was there..dulu masa aku kat sana..paling2 ada was Penang Village jek... (actually ada aku kisah nak makan masakan Melayu masa kt UK? I enjoyed western more...hehehehe)...

Here is the recipe :-)

gambar saja sudah buat air liurku merembes...huhuhu
BAHAN BAHAN UTAMA:
  • Daging Batang Pinang - 500gm
  • Cendawan Butang - 250gm
  • Bayam (berdaun besar, buang batang) - 100gm
  • Puff pastry - saiz 350mm x 250mm
  • Telur Kuning - 2 biji
  • Serbuk cili paprika sebagai hiasan
  • BAHAN BAHAN SOS LADA HITAM DAN CENDAWAN:
  • Krim Pekat - 300ml
  • Lada Hitam (ditumbuk halus) - 1 sudu besar
  • Air - 100ml
  • Cendawan Shitake (direndam dalam air panas supaya jadi lembut dan dihiris halus) - 10 biji
  • Pes Rendang - 2 sudu
  • Garam - ½ sudu
  • BAHAN BAHAN PES RENDANG:
  • Serai - 2 batang
  • Bawang Kecil - 4biji
  • Bawang Putih - 2 ulas
  • Lengkuas - ½ inci
  • Cili Kering (direndam dalam air panas) - 10 tangkai
  • BAHAN BAHAN MENUMIS:
  • Daging (dipotong nipis) - 250g
  • Minyak Masak - 4 sudu besar
  • Garam - 1 sudu kecil
  • Gula - ½ sudu besar
  • Santan Pekat - 100ml
  • Kerisik - 2 sudu besar
  • Daun Limau Purut - 4 helai
  • Daun Kunyit (dihiris halus) - 1 sudu besar
    CARA-CARA PENYEDIAAN KIEV AYAM (aku rasa mcm typo nie..ayam ke?) :
  • Untuk Pes Rendang, tumis bahan – bahan yang telah dikisar dengan empat (4) sudu minyak masak.
  • Goreng hingga naik minyak dan masukkan daging, gula, santan, & garam. Masak dengan api yang perlahan sehingga kering.
  • Masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Tutup api dan keluarkan daging dari rendang. Sejukkan pes rendang.
  • Cincang cendawan halus halus atau masukkan dalam Pengisar Makanan (food processor). Gorengkan ia tanpa minyak, dan goreng hingga kering.
  • Celurkan daun bayam dengan air panas hingga sedikit layu dan keringkan.
  • Hiris daging dari seketul menjadi seketul menjadi sekeping daging. Sapukan pes rendang dan gulung kepingan daging tersebut seperti ‘swiss roll’.
  • Ikat dengan tali supaya bila digoreng, daging yang digulung itu tidak akan terbuka.
  • Goreng selama 5 minit hingga jus daging keluar.
  • Dengan menggunakan ‘cling film’, susun daun bayam yang telah dikeringkan dan taborkan cendawan yang telah digoreng. Kemudian letakkan daging yang telah digoreng(pastikan tali yang digunakan dibuang)
  • Balutkan dengan lapisan cendawan dan bayam dengan menggunakan ‘cling film’. Perap dalam peti sejuk untuk seketika.
  • Tebarkan puff pastry dan sapu kuning telur. Letak daging yang telah diperap bersama bayam dan cendawan. Gulungkan puff pastry dengan kejap.
  • Kelar bahagian atas pastri dan sapu kuning telur. Taburkan garam dan lada hitam.
  • Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 C selama 15 hingga 20 minit.
  • Sediakan sos dengan menggorengkan cendawan hingga kering. Masukkan krim, pes rendang, air, dan jus daging berlebihan. Masukkan lada hitam dan garam. Masak hingga mendidih.
  • Keluarkan daging setelah masak dan hiris setebal 1 inci dan hidangkan bersama sos yang telah dimasak. Taburkan serbuk cili paprika sebagai hiasan.

Note: The recipe was copied directly from the official website..so, I don't bear any responsibility kalu tersalah quantity or measurement..huhu...

No comments:

Post a Comment